Apakah Itu Titik Tengah Semenanjung?

Pengenalan


Titik tengah merupakan bahagian di antara hujung dengan pangkal. Sebelum ini ada dua pendapat popular mengenai kedudukan sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia iaitu di Kampung Belimbing, daerah Lipis dan Kampung Kertau, daerah Maran di Pahang.


Kaedah Penentuan Lokasi Titik Tengah


Pada tahun 2009, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) melakukan kajian komprehensif untuk menentukan titik tengah sebenar Semenanjung Malaysia dengan menggunakan beberapa kaedah. 

• Berdasarkan rupa bentuk muka bumi tanah Semenanjung - melakukan pengiraan dengan menghubungkan titik-titik pada bahagian paling hujung Semenanjung menggunakan garisan di mana titik tengah Semenanjung Malaysia dikenal pasti berdasarkan pertemuan garisan berkenaan iaitu di Hutan Simpan Ulu Cheka, Lipis.

• Pengiraan jisim - pengiraan jisim secara abstrak dengan mengandaikan kedudukannya pada x bersamaan 63626.711462 dan y (446971.55564) iaitu di Jerangsang, Benta, Lipis.

• Kaedah matematik - menghubungkan titik paling jauh dengan titik paling dekat menggunakan 37,371 titik iaitu di Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh.


Temerloh-Titik Tengah Semenanjung Malaysia


Kerajaan negeri memutuskan cara terbaik menentukan titik tengah ialah :

• Berasaskan kepada keputusan yang boleh dicabar secara saintifik supaya ia dapat dibuktikan dan lebih praktikal. 

• Penentuan itu juga dibuat dengan mengambil kira kedua-dua lokasi terdahulu yang menggunakan kaedah rupa bentuk muka bumi dan pengiraan jisim terletak di kawasan hutan dan sukar dikunjungi. 

• Dari segi common sense, kedudukan Lanchang, Temerloh memang terletak di antara Lipis dan Maran.

• Mengambil kira kedudukan stesen Pusat Remote Sensing Negara (MACRES) dan PULARES yang secara strategiknya terletak di Temerloh.

• Dari segi jarak perjalanan, Temerloh terletak tengah-tengah iaitu antara Kuantan dan Kuala Lumpur atau antara pantai barat dan timur

Oleh itu, kerajaan negeri telah memutuskan bahawa Kampung Paya Siput, Lanchang, Temerloh sebagai titik tengah Semenanjung Malaysia.

No comments:

Post a Comment