MTB & Road Bike: Kayuhan Titik Tengah Semenanjung



Pengenalan


Kayuhan Titik Tengah Semenanjung Malaysia 2015 adalah merupakan sebahagian daripada program yang telah disusunatur oleh Persatuan Berbasikal Daerah Temerloh dengan kerjasama Persatuan Berbasikal Pahang, Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh, Pejabat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang dan Koperasi Sukan Makmur Temerloh Berhad. Kayuhan santai ini adalah yang pertama kali dianjurkan bagi memaklumkan kepada semua warganegara Malaysia lokasi sebenar titik tengah Semenanjung Malaysia. 

Kayuhan ini bukan sahaja semata-mata untuk memartabatkan sukan berbasikal malah ianya juga untuk memperkenalkan tempat-tempat pelancongan yang ada di Negeri Pahang yang merupakan sebuah negeri yang paling istimewa di Semenanjung Malaysia dengan struktur muka buminya yang kaya dengan alam sekitar yang indah. Kayuhan Titik Tengah Semenanjung ini adalah berbentuk kayuhan santai merentasi anggaran kayuhan sepanjang lebih kurang 84 kilometer daripada Bandar Temerloh ke Lanchang dan menamatkan semula kayuhan di Bandar Temerloh, Pahang.

Konsep kayuhan yang dianjurkan ini merupakan suatu acara yang sentiasa dinanti-nantikan oleh pengayuh basikal terutama di kalangan belia kerana ia menjanjikan kelasakan dan keseronokan dan di sinilah kelainannya yang unik merupakan daya penarik kepada peserta di mana kawasan yang dilalui adalah merupakan tempat-tempat lawatan yang sering mendapat perhatian pengunjungnya seperti Bandar Temerloh yang terkenal dengan jolokan Bandar Ikan Patin dan perkampungan tradisional di Kg. Paya Siput, Lanchang, Pahang.

Penganjuran kali ini merupakan program pertama dibawah rancangan Persatuan Berbasikal Temerloh bagi tahun 2015 khususnya bagi program kemasyarakatan di bidang sukan berbasikal serta pelancaran Mercu Tanda Titik Tengah Semenanjung yang bakal dilancarkan di Batu 11, Kampung Paya Siput, Lanchang, Pahang Darul Makmur.


Objektif


  • Merealisasikan objektif Persatuan Berbasikal Daerah Temerloh iaitu mengadakan program “sport eco-tourism” yang melibatkan semua peminat sukan berbasikal tidak kira peringkat usia. 

  • Menggalakkan masyarakat menyertai aktiviti kayuhan basikal yang berkonsepkan bersukan sambil melancong di Malaysia.

  • Meningkatkan taraf ekonomi dan pelancongan di Negeri Pahang dan Malaysia amnya. Secara tidak langsung menambah pendapatan masyarakat setempat.

  • Memberi peluang kepada peminat basikal santai membuktikan keupayaan untuk menjuarai perlumbaan basikal.

  • Aktiviti ini memberi alternatif khususnya bagi golongan belia untuk beraktiviti secara positif dan sihat serta menghindari aktiviti yang tidak sihat.

  • Sebagai pemangkin dan meningkatkan lagi aktiviti sukan berbasikal di Malaysia dan membantu Kerajaan dalam usaha menarik pelancong luar dan dalam melalui aktiviti riadah dan pakej pelancongan.


Peta Laluan (Route Map)





Butiran Pertandingan

  • Format kayuhan yang akan dijalankan terbahagi kepada dua iaitu:-
  1. MTB
  2. Road Race

  • Kategori penyertaan terbahagi kepada 5 iaitu:-
  1. Lelaki Senior Veteran ( 50 tahun ke atas)
  2. Lelaki Junior Veteran (40-49 tahun)
  3. Lelaki Terbuka (19-39 tahun)
  4. Lelaki Junior (18 tahun ke bawah)
  5. Wanita Terbuka

  • Jarak laluan pertandingan:-
  1. MTB - 73.3 KM
  2. Road Race - 81.6 KM

  • Dua check point dan feeding station:-
  1. Stage 1 - Temerloh ke Paya Siput, Lanchang (satu upacara khas pelancaran / meletakkan tanda titik tengah Semenanjung – 0km)
  2. Stage 2 - Peserta akan berkayuh ke Temerloh dan Majlis Penutup dan penyampaian hadiah / cabutan bertuah.

  • Yuran penyertaan ialah RM 80.00 bagi individu. RM 70 seorang bagi berkumpulan 4 orang ke atas.


Hadiah

  • Stage 1: Top 3 akan mendapat hadiah wang tunai, plak dan sijil dan bergambar bersama VVIP di monumen lokasi titik tengah semenanjung Malaysia 
  • Stage 2: Top 5 akan mendapat hadiah wang tunai melebihi RM 800 bagi juara. 
  • Finishing medal bagi peserta yang menamatkan jarak kayuhan yang telah di tetapkan. 


Cenderahati/Goodies

  • Baju Kejohanan
  • Finishing Medal
  • Plat No.
  • Barangan penaja / promosi pelancongan
  • Makanan / minuman
  • Sijil Penyertaan




Ilustrasi artis


Ilustrasi artis


Ilustrasi artis


Ilustrasi artis

No comments:

Post a Comment